Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Najib mungkin ditangkap? pasukan khas 1MDB ada kuasa, kata Muhyiddin

Imej

KJ mengaku 1MDB punca UMNO tumbang

Imej
Khairy berkata, UMNO sepatutnya sudah bertindak terhadap Najib apabila beliau memecat menteri yang secara terbuka menentangnya berhubung skandal 1MDB pada 2015. - Gambar fail SHAH ALAM : Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui parti keramat Melayu itu tumbang kerana kegagalan menteri terdahulu menegur Presidennya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tentang skandal 1MDB. Khairy berkata, barisan kepimpinan tertinggi gagal menuntut penjelasan berhubung skandal kewangan tersebut hingga mengakibatkan Barisan Nasional (BN) berdepan kekalahan teruk pada 9 Mei lalu. “Kami terlepas satu peluang untuk meyakinkan kami semua m

Kerajaan akan utamakan pekerja tempatan - Muhyiddin

Imej
MUHYIDDIN: Sebuah jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi mengkaji pengurusan pekerja asing serta masalah lambakannya di negara ini. - Astro AWANI/Fail PUTRAJAYA : Kerajaan akan memberi keutamaan kepada keperluan pekerja tempatan dalam beberapa sektor yang selama ini dipenuhi pekerja dari luar negara. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sekali gus memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dinyatakan kepada rakyat sebelum ini. Jelasnya, kerajaan juga akan mengkaji kemasukan pekerja asing dalam sektor tertentu. "Kita akan lihat dengan teliti keperluan sekarang. Pada dasarnya, keutamaan harus diberi kepada pekerja tempatan. "Tetapi sejak lama kita tidak beri keutamaan. Pendapat beberapa pihak, ambil pekerja asing lebih mudah dan murah. "P

Cara ternak madu kelulut

Imej

Anggota Umno dipelawa sertai Pas: Tuan Ibrahim

Imej
Tuan Ibrahim Tuan Man (Ubah saiz teks)    ALOR SETAR - Pas mempelawa anggota Umno agar menyertai parti itu untuk membentuk gabungan yang kuat selepas parti berteraskan bangsa Melayu itu tewas besar pada PRU14 lalu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sentiasa membuka pintu kepada anggota Umno untuk berbuat demikian kerana pada masa sama tidak mungkin parti itu akan membentuk kerjasama dengan Umno. “Saya sudah lama ajak mereka (Umno) masuk Pas. Bila mereka sudah hilang kuasa pada PRU lalu, saya rasa sudah tiba masanya untuk mereka sertai Pas, bukan Pas yang akan sertai Umno. “Apa yang berlaku pada PRU lepas adalah kerana rakyat tolak BN, jadi atas sebab itu kita buka pintu kepada BN dan Umno untuk sertai Pas,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kesyukuran Pasca PRU14 di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi. Beliau berkata d

Imigresen sahkan tiada rekod Musa, Jamal ke luar negara

Imej
    Jabatan Imigresen hari ini mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang rekod membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ke luar negara. “Kita tidak tahu di mana keberadaan mereka. Itu ada orang kata terlihat mirip Musa di luar negara. Imigresen macam mana hendak tahu sebab kita tiada rekod keluar bagi mereka. “Kalau keluar tanpa rekod itu satu kesalahan dan mereka akan diambil tindakan,” kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Menurut beliau, jika kedua-dua individu berkenaan didapati ke luar negara tanpa rekod, ia merupakan satu kesalahan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka. Sebelum ini timbul ura-ura bahawa individu mirip Musa dikesan di London, United Kingdom manakala Jamal pula dikatakan sedang berada di Tanjung Balai, Karimun Besar, Indonesia. Mustafar berkata, Musa dan Jamal telah dis

Ops Mega 3.0 gempur PATI seluruh negara 1 Julai

Imej
KETUA Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali (tengah) pada sidang media mengenai program Penggajian dan Penempatan Semula PATI di Putrajaya, hari ini. - Foto AHMAD IRHAM MOHD NOOR PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) akan melaksanakan Ops Mega 3.0 bagi menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara, bermula 1 Julai depan. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata operasi bersepadu bersama beberapa agensi lain itu, dilakukan selepas berakhir tempoh Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Program Rehiring) pada 30 Jun ini. Beliau berkata, pihaknya tidak akan melanjutkan program itu yang bermula 15 Februari 2016, sebaliknya penguatkuasaan dijalankan untuk membanteras lambakan PATI, tanpa kompromi dengan mana-mana pihak demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. "Kita tidak tahu berapa lagi jumlah PATI masih berada di luar tetapi Jabatan Imigresen tetap tegas dalam menguat kuas