Imigresen sahkan tiada rekod Musa, Jamal ke luar negara


   
Jabatan Imigresen hari ini mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang rekod membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ke luar negara.
“Kita tidak tahu di mana keberadaan mereka. Itu ada orang kata terlihat mirip Musa di luar negara. Imigresen macam mana hendak tahu sebab kita tiada rekod keluar bagi mereka.
“Kalau keluar tanpa rekod itu satu kesalahan dan mereka akan diambil tindakan,” kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Menurut beliau, jika kedua-dua individu berkenaan didapati ke luar negara tanpa rekod, ia merupakan satu kesalahan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka.
Sebelum ini timbul ura-ura bahawa individu mirip Musa dikesan di London, United Kingdom manakala Jamal pula dikatakan sedang berada di Tanjung Balai, Karimun Besar, Indonesia.
Mustafar berkata, Musa dan Jamal telah disenaraihitamkan oleh jabatan imigresen.
Katanya, tindakan ke luar negara tanpa mengikut pintu keluar yang sah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 2 Akta Pasport 1966 dan Seksyen 5 Akta Imigresen 1959/1963.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dipetik sebagai berkata, usaha mengesan Musa  untuk diambil keterangan susulan laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada 14 Mei lalu masih giat dijalankan.
Menurut beliau, sehingga hari ini Musa yang adalah pengerusi BN Sabah gagal untuk tampil memberi keterangan.
Musa, 67, hilang dari radar pihak berkuasa sejurus selepas dia disahkan tidak lagi mendapat sokongan majoriti wakil rakyat di Sabah walaupun sudah mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri.
Jawatan ketua menteri Sabah kini diisi oleh Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam dilaporkan berkata polis sedang mempergiatkan usaha bagi mengesan seterusnya membawa Jamal pulang semula ke negara ini.

Jamal yang juga adalah ketua gerakan Baju Merah didakwa pada hari Jumaat lalu mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan susulan mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober lalu.
Dia juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tabung Harapan cecah RM7 juta

Kerajaan akan utamakan pekerja tempatan - Muhyiddin

Tajuddin: Masa tepat Umno-PAS bergabung