Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Harapan peneroka FELDA buat kerajaan untuk 2019

Imej
Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff. Oleh Rosman Shamsudin cnews@nstp.com.my Kongsi artikel SLIM RIVER: Seramai 112, 635 peneroka FELDA di seluruh negara memohon kerajaan mengambil tindakan segera memulihkan kembali agensi itu bagi menjamin masa depan mereka. Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff, berkata kerajaan diminta menyuntik dana khas sebanyak RM500 juta setahun kepada FELDA supaya transformasi dan pemulihan agensi itu lancar. Beliau berkata, pihak FELDA sudah memberikan pinjaman kira-kira RM7 bilion tanpa bantuan kerajaan bagi pembiayaan tanam semula kepada peneroka dan berharap kerajaan membantu FELDA sebanyak RM3.5 bilion melalui suntikan dana khas RM500 juta setahun. Katanya, bagi mengatasi masalah turun naik harga kelapa sawit dan getah terutama apabila Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak sawit negara, kerajaan perlu proaktif mencari pasaran baharu dan t

Derita berterusan warga Felda .Bayaran pendahuluan hasil tertangguh, harga sawit merudum

Imej
Abdul Rashid Abdul Rahman utusanktn@utusan.com.my 14 Disember 2018  BENTONG 13 Dis. - MASALAH dan bebanan ditanggung peneroka Felda bertimpa-timpa apabila bayaran sara hidup atau bayaran pendahuluan hasil masih belum diterima sejak dua bulan lalu. Dengan harga hasil kelapa sawit yang merudum, keadaan itu membuatkan golongan pe­neroka Felda semakin bergelut untuk menyara kehidupan ha­rian keluarga masing-masing. Seorang Peneroka Felda Lurah Bilut di sini, Hasdi Manan , 60, berkata, ketiadaan bayaran pendahuluan selama dua bulan memberi kesan kepadanya apatah lagi untuk membeli kelengkapan sekolah tiga anaknya menjelang sesi baharu persekolahan tidak lama lagi. HASDI MANAN  “Saya tidak tahu lagi di mana hendak mendapatkan duit untuk membeli kelengkapan sekolah tiga anak yang belajar di tingkatan lima, dua dan tahun satu. “Kalau ini (penangguhan ba­yaran pendahuluan hasil) berterusan, mungkin saya tidak dapat membeli ke

Cyprus minat jadi pengimport minyak sawit Johor - MB

Imej
    Cyprus berminat untuk menjadi pengimport minyak kelapa sawit dari negeri ini, sekali gus menjadi pengedar bahan berkenaan kepada negara di sekitar Mediterranean. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkaat, hasrat itu disuarakan Cyprus ketika kunjungan beliau ke negara berkenaan baru-baru ini, termasuk kesediaan menyediakan tenaga pakar. “Cyprus memberi sokongan untuk menjadi pengimport minyak sawit, sanggup menjadi pengedar kepada negara berdekatan, termasuk Greece dan Turki,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor Darul Ta’zim 2019, di sini hari ini. Osman berkata, perbincangan dengan dua syarikat berkaitan kerajaan negeri, iaitu Johor Corporation (JCorp) dan YPJ Holdings Sdn Bhd, yang memiliki ladang kelapa sawit sudah diadakan beberapa hari lepas bagi menjayakan matlamat terbabit. “Cyprus merupakan negara maju dan ekonominya kukuh. Sebanyak 98 peratus penduduknya juga Islam dan nega

DARI MEREKA YANG PERIHATIN TENTANG KESUSAHAN RAKYAT BAWAHAN.

Imej
16/1/2019 Felda Linggiu Syukur Alhamdulillah dapat membantu En Nordin yg terlantar sakit mendapatkan Katil, tilam, pampers dan sedikit sumbangan daripada pihak MAIJ. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga mereka dan kesihatan beliau semakin pulih. Terima kasih kepada wakil MAIJ, KC Bersatu Linggiu dan jawatankuasanya, wakil pengurusan felda dan srikandi yg bersama hari ini. # kamiprihatin # sediamembantu # teamsrikanditenggara

DAPAT KAD PENGENALAN SETELAH SEKIAN LAMA TIDAK TUKAR KAD PENGENALAN

Imej
6/1/2018 Kg Jawa, Dun Panti Alhamdulillah hari ini dapat membantu Makcik Zaidah memperolehi kad pengenalan baru setelah berpuluh tahun tidak menukar kad pengenalannya. Terima kasih kpd Pengarah JPN Johor Pn.Rokiah Hanum bersama team mobile JPN Johor yg sudi turun ke Kota Tinggi bagi menyerahkan sendiri kad pengenalan baru kpd Makcik Zaidah. Terima kasih juga buat YDP MDKT Tn.Saipol Rahman yg turut berusaha mendapatkan khidmat mobile team JPN. Turut serta Tn.Hj Azmi Abd Rahman Ketua Kg Jawa dan AJK JKPZ11 yg hadir bersama. Semoga dengan adanya ic baru ini segala bantuan dapat disalurkan kpd Makcik Zaidah. # sayangiMalaysiaku # komunitiprihatinmasyarakat

Felda Sg.Sibol

Imej
9/1/2018 Felda Sg.Sibol 1.00 petang Alhamdulillah dapat bersama pegawai MAIJ Kota Tinggi menyampaikan sumbangn kerusi roda kepada makcik Marshita yang kehilangan kaki kirinya kerana sakit kencing manis. Terima kasih kpd MAIJ yang memberi bantuan segera terhadap permasalahan yang dihadapi oleh makcik Marshita.Turut hadir Ketua Caw. Bersatu Felda Sibol En.Hamidon. Felda Linggiu 2.30 ptg Bersama dengan pagawai MAIJ menziarahi En.Nordin Md Noor di Felda Linggiu yang terlantar sakit dan memerlukan beberapa keperluan perubatan dan peralatan sokongan. Insyaallah akan diusahakan bersama MAIJ. Turut bersama Ketua Caw.Bersatu F.Linggiu En Yusri dan Ketua Srikandi Pn.Lily . Kg.Sri Delima 6.00 petang Bersama dengan Ketua Kampung Tok Ghani dan Ketua Caw.Bersatu Kampung Sungai Telur En.Hasena serta AJK mereka menziarahi adik Adam yang mengalami masalah pendengaran dan menyampaikan sumbangan peralatan bantuan pendengaran kepadanya yang kini bersekolah darjah 2 serta m