Harapan peneroka FELDA buat kerajaan untuk 2019

Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff.
SLIM RIVER: Seramai 112, 635 peneroka FELDA di seluruh negara memohon kerajaan mengambil tindakan segera memulihkan kembali agensi itu bagi menjamin masa depan mereka.
Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff, berkata kerajaan diminta menyuntik dana khas sebanyak RM500 juta setahun kepada FELDA supaya transformasi dan pemulihan agensi itu lancar.
Beliau berkata, pihak FELDA sudah memberikan pinjaman kira-kira RM7 bilion tanpa bantuan kerajaan bagi pembiayaan tanam semula kepada peneroka dan berharap kerajaan membantu FELDA sebanyak RM3.5 bilion melalui suntikan dana khas RM500 juta setahun.
Katanya, bagi mengatasi masalah turun naik harga kelapa sawit dan getah terutama apabila Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak sawit negara, kerajaan perlu proaktif mencari pasaran baharu dan tidak bergantung kepada pembeli dari negara sedia ada.
“Sekiranya ada negara pembeli baharu secara tidak langsung dapat menstabilkan harga komoditi itu dan pasti peneroka dapat menarik nafas lega apabila harga komoditi berkenaan stabil.
“Harga kelapa sawit stabil dalam lingkungan antara RM450 hingga RM500 satu tan metrik dan getah pula kira-kira RM3 hingga RM4 sekilogram.
“Jika harga itu dapat dikekalkan barulah peneroka di seluruh negara berasa kehidupan terjamin terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi akibat ketidaktentuan ekonomi dunia,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini hari ini.
Sulong Jamil berkata, kerajaan juga perlu menyegerakan pengambilalihan FELDA Global Venture (FGV) kepada FELDA semula bagi memastikan pengurusan FELDA dapat dipulihkan secara sistematik dan efisyen.
Beliau berkata, kerajaan juga perlu menyelesaikan isu yang timbul berkaitan FELDA dengan menumpukan kepada masalah pengurusan hasil ladang dan menyemak penyata hutang FELDA yang meragukan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun hadapan.
“Masa depan FELDA kini yang majoritinya orang Melayu terletak di tangan kerajaan baharu ini.
“Kami mengucapkan terima kasih atas usaha pihak kerajaan yang sebelum ini membantu FELDA dengan memberi peruntukan khas RM77 juta untuk membantu peneroka FELDA,” katanya.
 katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tabung Harapan cecah RM7 juta

Kerajaan akan utamakan pekerja tempatan - Muhyiddin

Tajuddin: Masa tepat Umno-PAS bergabung