Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

‘Buat apa saya nak mohon ampun’ – Shahidan

Imej
Sekumpulan ketua UMNO cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping menggesa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perlis yang melawan titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyembah maaf atau melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Shahidan Shahidan Kassim tetap dengan pendirian untuk tidak memohon ampun berhubung kenyataannya terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak pernah melakukan kesalahan terhadap Baginda berhubung kenyataan mempersoalkan terma ‘murka’ yang dibangkitkan para wartawan dalam sidang media di PWTC minggu lalu. “Buat apa saya nak minta maaf, bukannya saya buat salah. Kalau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nak minta maaf terpulang tapi bukan saya,” katanya memetik laporan The Malaysian Insight. Shahidan pada Khamis lalu menyeru Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tid

Hishammuddin Tidak Minat Jawatan Dalam Umno Lagi.

Imej
Sebagai anak Allahyarham Tun Hussein Onn dan sepupu kepada Datuk Seri Najib Razak, sesetengah pihak menjangkakan takdir akan membawa Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi perdana menteri satu hari nanti. Namun dengan keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang menyaksikan Umno serta BN kehilangan kuasa di Putrajaya, keadaan berubah sama sekali. Malah wujud spekulasi mendakwa kegagalan itu juga mendorong Hishammuddin akan berundur sepenuhnya daripada politik. Sumber memberitahu Malaysiakini, anak perdana menteri ketiga itu dikatakan akan menolak untuk dicalonkan bagi mana-mana jawatan dalam Umno semasa parti itu mengadakan pemilihan tidak lama lagi. Ia termasuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden. Sebelum parlimen dibubarkan Hishammuddin, 56, bertugas sebagai menteri pertahanan. Apabila Najib melepaskan jawatannya sebagai presiden Umno, Hishammuddin kemudian menjalankan tugas timbalan presiden Umno. Seorang lagi naib presiden, Datuk

Hukuman penjara 18 bulan Rafizi dibatal

Imej
Hukuman penjara 18 bulan Rafizi Ramli dibatalkan susulan laporan 1MDB kini tidak lagi jadi dokumen Akta Rahsia Rasmi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun, 2018. MAHKAMAH Rayuan mengetepikan hukuman penjara 18 bulan kepada Rafizi Ramli kerana mendedahkan sebahagian laporan Jabatan Peguam Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad. Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, hakim berkata hukuman penjara akan digantikan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun. Pada 6 Disember 2017, Hakim Azman Abdullah mengetepikan sabitan kesalahan Rafizi berkaitan pemilikan sebahagian laporan 1MDB, tetapi mengekalkan sabitan bersalah kerana mendedahkan kandungan itu kepada rakyat menerusi sidang media pada Mac 2016. Rafizi dijatuhkan 18 bulan penjara kerana mendedahkan laporan itu yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Hakim Ahmadi Asnawi hari ini mengatakan hukuman penjara 18 bulan

Malaysia minta bantuan Indonesia buru Jamal, kata Muhyiddin

Imej
Menteri dalam negeri menolak rayuan meminta perlindungan daripada pemimpin Umno itu. KAJANG: Polis Malaysia akan bekerjasama dengan polis Indonesia untuk memburu Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang dikatakan sekarang berada di negara jiran itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menteri dalam negeri itu juga menolak rayuan meminta perlindungan daripada Jamal. “Nak berlindung apa? Dia tahu dia buat salah, lepas itu dia lari. Apa pun kalau ada apa-apa kesalahan yang beliau lakukan, saya serah kepada pihak berkuasa. “Jika dia bersalah, biar dia diambil tindakan dan dihukum dengan undang-undang sesuai,” katanya sewaktu ditemui di program bersama Jabatan Penjara Malaysia hari ini. Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata pihaknya akan memohon waran tangkap dan mengesan Jamal. Fadzil berkata, Jamal masih mempunyai baki 6 kes yang disiasat selain 3 kes yang sudah dituduh terhadapnya di Hosp

Kerajaan akan tunai janji dalam 100 hari walaupun keadaan sukar – Tun M

Imej
PUTRAJAYA : Kerajaan akan menunaikan segala janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu dalam tempoh 100 hari walaupun berdepan dengan situasi sukar. Jelas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah kerana kedudukan semasa kewangan negara sebenarnya lebih buruk daripada apa yang dijangkakan sebelum ini. “Janji-janji ini akan ditunaikan tetapi ia perlu ambil kira keadaan kewangan (negara) dan juga supaya tidak menjejaskan pentadbiran negara. “Tetapi janji-janji ini akan dilakukan dalam 100 hari,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang kedua sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Hasil daripada mesyuarat tersebut juga Jemaah Menteri bersetuju memutuskan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dibatalkan, tertakluk kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura kerana ia membabitkan implikasi kewangan yang tinggi. Kerajaan juga memutuskan untuk tidak meneruskan projek MRT laluan ketiga. Sel

Tabung Harapan: Kalau tak sudi sumbang, duduk diam-diam

Imej
    Penubuhan Tabung Harapan Malaysia bagi membantu kerajaan mengatasi masalah hutang negara disambut baik oleh penggiat industri tanah air. Golongan selebriti seperti penyanyi Nurul Wahab atau Nurul Depp antara yang tidak terkecuali memberi sumbangan bagi meringankan beban ditanggung kerajaan. “Demi negara yang tercinta. Saya sudah. Yang lain? Walaupun sekupang, bantu juga,” katanya sambil mengiringi kenyataan itu dengan tanda pagar antaranya #malaysiabaru dan #bantu. Nurul turut memuat naik sekeping imej paparan transaksi bank di akaun Instagram miliknya, pun begitu jumlah sebenar wang yang disumbang dipadamkan. Seorang lagi penyanyi, Alif Satar juga turut berbangga selepas menyumbangkan sejumlah wang demi semangatnya yang cintakan negara. Menyokong tindakan itu, Alif memuat naik sekeping resit sebagai bukti tetapi tidak mendedahkan nilai wang yang disumbangkan. Tabung Harapan Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas

Polis Selangor perhebatkan pemburuan Datuk Jamal

Imej
Polis juga telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Datuk Seri Jamal. BANGI : Polis Selangor hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa siasatan terhadapnya dilakukan atas desakan pihak tertentu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, siasatan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan dan pihaknya menjalankan tugas berlandaskan undang-undang sedia ada. "Kami akan terus memperhebatkan lagi pemburuan Datuk Seri Jamail ini kerana semua orang tahu bahawa dia telah melarikan diri. "Segala siasatan dan tindakan kami mengikut undang-undang, mengikut prosedur dalam semua kes yang melibatkan dia. Tiada sebarang tekanan yang dikenakan kepada pihak PDRM dan apa yang kami lakukan mengikut lunas undang-undang yang ada," katanya di Balai Polis Bandar Baru Bangi hari ini.

Tangguh dulu... - Guan Eng

KERAJAAN memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif Janji 100 harinya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik. Antara inisiatif yang akan ditangguhkan pelaksanaannya itu ialah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta bawah 1300 cc dan motor di bawah 125 cc, skim caruman KWSP untuk suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pelaksanaan Skim Peduli Sihat. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua inisiatif ini hanya akan dilaksanakan kerajaan pusat apabila keadaan kewangan bertambah baik. "Walaupun kerajaan ingin melaksanakan semua janji 100 harinya, namun kerajaan juga mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu dengan menyebabkan masalah kewangan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung. "Kerajaan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji man

Akhirnya! UMNO Umum Kehabisan Dana

Imej

Program Rehiring Pati ditamatkan 30 Jun

Imej
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Ubah saiz teks)    SHAH ALAM - Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) atau Rehiring dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia akan ditamatkan pada 30 Jun 2018 ini. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi program Rehiring yang dimulakan sejak 15 Februari 2016, Pati diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan iaitu sektor perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan. Menurutnya, setakat 28 Mei 2018, sebanyak 744,942 Pati dan 83,919 majikan telah berdaftar dalam Program Rehiring ini, namun program berkenaan tida

Jangan gopoh ambil tindakan ke atas GLC - Anwar

Imej
    Kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan dinasihatkan supaya tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang tindakan ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri masing-masing, khususnya selepas peralihan kuasa. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menteri besar dan ketua menteri perlu mengambil tindakan yang dirasakan perlu berdasarkan kepada tadbir urus baik demi faedah kepada rakyat. "Jangan gopoh mengambil tindakan, jangan sebab dendam dan iri hati. Saya tiada masalah dengan GLC kalau prestasinya baik dan jika menteri besar rasa ia sesuai diteruskan, saya tiada pandangan negatif, kita terima (diteruskan). "Tetapi jika terbukti di peringkat persekutuan berlaku pembaziran, pertindihan dan pembayaran elaun keterlaluan kepada tokoh politik, ini harus dihentikan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan barisan exco kerajaan negeri di Ipoh semalam. Dalam ko

PH mahu kembalikan urusan Islam kepada Raja-raja Melayu

Imej
- Foto hiasan Share weet Share KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Amanah Nasional (AMANAH), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, tegas dengan pendirian bahawa Pakatan Harapan (PH) mahu mengembalikan peranan Raja-raja Melayu sebagai penjaga kepentingan Islam dalam kerangka negara dan membebaskan Islam daripada dieksploitasi sebagai alat politik dan radikalisasi. Beliau berkata, ini kerana Raja-raja Melayu adalah institusi yang tidak mempunyai kepentingan politik dan boleh berperanan mengekang dan memastikan Islam tidak dipolitikkan, sebaliknya memastikan Islam menjangkau lebih daripada kepentingan politik dan bangsa. Katanya, fenomena agama dipolitikkan sebagai alat dalam kerangka negara tanpa disedari telah membelakangkan fungsi utama Raja-raja Melayu sebagai penentu dasar pentadbiran Islam seperti termaktub dalam dalam Perlembagaan. "Mengembalikan fungsi Raja- raja Melayu dalam pentadbiran Islam adalah tunggak utama untuk memulakan

Umno akan perhatikan langkah kerajaan

Imej
Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Bernama (Ubah saiz teks) KUALA LUMPUR - Umno mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pembentukan Kabinet baharu yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden Umno memberi amaran bahawa Umno akan memerhatikan setiap langkah dan tindakan kerajaan baharu ini. “Kami sebagai pembangkang akan membangkang secara konstruktif dan melihat pelaksanaan semua janji yang termaktub dalam manifesto pilihan raya dikemukakan mereka. “Umno dan BN secara keseluruhannya merasakan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, tentulah rakyat hara

Jangan jarah dana Petronas untuk tampung pemansuhan GST - Najib

Imej
Saya mohon kerajaan baharu ini akan terus memberi ruang dan modal yang cukup besar kepada Petronas untuk terus memenuhi visi mereka dan bukannya menjarah dana Petronas"   KUALA LUMPUR : Bekas pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan agar tidak menyalahgunakan dana syarikat petroleum negara Petronas dan memberi ruang untuk syarikat itu terus berkembang. “Saya mohon kerajaan baharu ini akan terus memberi ruang dan modal yang cukup besar kepada Petronas untuk terus memenuhi visi mereka dan bukannya menjarah dana Petronas atau bagi misi ‘bail-outs’ sebagaimana dilakukan ketika pentadbiran 22 tahun Tun Mahathir yang dahulu.” Najib berkata demikian dalam posting terbaharu di akaun Facebook miliknya hari ini ketika mengulas mengenai kenyataan bahawa pemansuhan Cukai Barangan da

Majlis Penasihat panggil pembeli tanah Felda Jln Semarak

Imej
Marina ketika keluar dari pejabat Felda sebelum ini. (Ubah saiz teks)    KUALA LUMPUR - Pengarah Pembangunan Bisnes Synergy Promenade Sdn Bhd, Datuk Marina Hashim antara dilihat dipanggil berjumpa dengan Majlis Penasihat Kerajaan petang tadi. Difahamkan Marina bersama pasukannya memasuki pekarangan Ilham Tower kira-kira jam 3.45 petang tadi. Bagaimanapun beliau kemudiannya dilihat meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 5 petang. Majlis Penasihat Kerajaan dianggotai lima individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Moh

Tabung Harapan cecah RM7 juta

Imej
Kurang 24 jam selepas pelancarannya, semalam, Tabung Harapan Malaysia berjaya mencecah lebih RM7 juta. Sambil melabel perkembangan itu sebagai "prestasi luar biasa" Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan komited untuk telus dengan setiap sen yang diterima daripada rakyat. "Oleh itu, jumlah yang dikutip akan dikemaskini setiap hari di laman web menteri kewangan dan di platform media sosialnya. "Bagi tujuan pemotongan cukai, rakyat Malaysia yang mendermakan kepada tabung ini dinasihatkan supaya menyimpan resit transaksi, seperti yang dinyatakan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Majlis Penasihat panggil pembeli tanah Felda Jln Semarak

Imej
Marina ketika keluar dari pejabat Felda sebelum ini. (Ubah saiz teks) KUALA LUMPUR - Pengarah Pembangunan Bisnes Synergy Promenade Sdn Bhd, Datuk Marina Hashim antara dilihat dipanggil berjumpa dengan Majlis Penasihat Kerajaan petang tadi. Difahamkan Marina bersama pasukannya memasuki pekarangan Ilham Tower kira-kira jam 3.45 petang tadi. Bagaimanapun beliau kemudiannya dilihat meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 5 petang. Majlis Penasihat Kerajaan dianggotai lima individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hass

TABUNG HARAPAN MALAYSIA.

Imej
Kelihatannya ada yang seakan marah dan tidak berpuas hati apabila Tabung Harapan Malaysia dilancarkan. Saya membaca kenyataan media berkaitan isu terbabit. Tida k nampak pula ada ayat yang menunjukkan kerajaan mewajibkan setiap rakyat melakukan sumbangan. Mereka yang tidak berpuas hati ini mungkin salah satu daripada 2: 1. Sakit hati sebab sumbangan itu tidak diwajibkan. Mereka suka menyumbang pada perkata wajib. 2. Sakit hati melihat orang lain melakukan sumbangan untuk negara. Jika ada sebesar zarah perasaan cinta negara, saya kira kita sepatutnya berterima kasih kepada rakyat yang menyumbang. Dr Rozaimi Ramle

Tun Mahathir Terkejut Rupanya Ada Penipuan Dalam Proses Kiraan Undi PRU14

Imej

Video of a man resembling Musa in London goes viral

Imej

Puad: Guan Eng menteri atau pejuang jalanan?

Imej
    Anggota Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi menyelar Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang didakwanya cuba menjadikan media sebagai mahkamah. “Berbagai isu didedahkan di media dan objektifnya adalah untuk mencari kesalahan dan menjatuhkan hukuman,” kata bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dibubarkan kerajaan baru. “Satu lagi objektifnya ialah untuk mengalih perhatian rakyat supaya tidak mempersoalkan pelantikan kontroversi beliau sebagai menteri kewangan kerana terpalit dengan kes rasuah yang dalam proses perbicaraan di mahkamah.” Katanya, bermula dari isu hutang negara, Lim menuduh kononnya kerajaan BN terdahulu membelanjakan hampir RM7 Bilion untuk menyelamatkan 1MDB. “Soal dasar dan soal janji kerajaan HARAPAN langsung tidak dihuraikan. “Lim Guan Eng tidak dapat membezakan lagak seorang street fighter (pejuang jalanan) dan seorang menteri. “Apakah dia tidak sabar untuk membalas dendam?” soalnya.

Mustapa mahu pemilihan Umno kali ini bersih

Imej
Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ubah saiz teks) KOTA BHARU - Pengerusi Umno Negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap pemilihan parti itu pada semua peringkat kali ini bersih daripada amalan politik wang dan berlangsung dalam suasana kekeluargaan. Beliau berkata, pemilihan kali ini harus menjadi platform kepada akar umbi untuk memberikan mandat baharu buat barisan kepimpinan yang difikirkan mempunyai visi dan kemampuan untuk menerajui serta memulihkan imej parti dalam mendepani cabaran yang mendatang. "Setiap ahli Umno perlu menolak budaya negatif yang telah mencalarkan imej Umno, termasuklah budaya politik ‘warlord’, sifat angkuh, amalan politik

YB MOHAMAD SABU DITUDUH SALAH GUNA ASET TENTERA. DATUK ABU BACKER SIDEK

Imej
Seorang individu hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. Datuk Abu Backer Sidek yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara bertindak membuat laporan berkenaan atas alasan salah guna kuasa terhadap aset kerajaan. “Saya mohon agar SPRM buat siasatan agar perkara ini tidak berulang. Saya tidak cemburu kepada dia, tapi biarlah penggunaan aset itu berdasarkan kepada keperluan yang penting untuk tugas,” katanya ketika membuat laporan terhadap salah guna kuasa itu kepada SPRM di Putrajaya, pada Isnin. Video Player 00:00 00:23   Mohamad Sabu atau Mat Sabu pada Sabtu lalu menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Airbus, A400M daripada 22 skuadron bagi menghadiri satu program di Butterworth. Ketibaan Mohamad disambut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima TUDM, Tan Sri Affendi Buang. Majlis ter

Tajuddin: Masa tepat Umno-PAS bergabung

Imej
    Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yakin jika Umno dan PAS bergabung pemikiran dan tenaga untuk mewujudkan satu blok baru yang kuat, berperanan menjaga kepentingan Melayu, mereka bakal memberi cabaran hebat kepada Pakatan Harapan. Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, meskipun kedua-dua parti itu mempunyai kaedah politik berbeza, namun mereka masih punya persamaan dalam memperjuangkan hak Melayu dan Islam. Akhbar Sinar Harian , memetik Tajudddin sebagai berkata gabungan itu diyakini boleh memberi cabaran besar kepada kerajaan Pakatan Harapan dan penyokongnya yang sejak akhir-akhir ini mula berani menyuarakan desakan yang menghina kaum dan agama. “Isu dan tuntutan yang dibuat dalam tempoh satu dua minggu ini agak mengancam survival umat Islam, ini bahaya kepada kita. “Saya fikir orang PAS pun dah sedar sekarang ni, akar umbi juga sedia untuk kerjasama, ada ruang-ruang yang boleh dilakukan tanpa perlu tunggu jangka waktu yang lama

Rais: Jelaskan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia di RTM

Imej
Pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan peruntukan RM40 juta yang akan dibelanjakan bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM. Menerusi Twitter, bekas menteri penerangan itu turut meminta penjelasan daripada mana sumber dana itu diperoleh ketika kerajaan bercadang mengambil langkah berjimat cermat. "Ura-ura nak guna RM40 juta untuk pesta tayangan bola sepak di RTM mesti dirasionalkan oleh menteri. "Adakah jumlah itu dari pengiklan atau huluran kerajaan? Kalau huluran dari kerajaan dasar berjimat cermat tak masuk akal. Pakat dengan Astro kongsi siaran. Selamatkan duit negara," katanya. Terdahulu hari ini, Gobind mengumumkan bahawa RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan disiarkan secara langsung sementara 14 perlawanan lain akan ditayangkan melalui siaran tertunda. Menurutnya, kabinet memperu

‘Tak pelik ada yang cuba tolong Kerajaan bayar hutang’

Imej
Dr Asri Zainul Abidin (Ubah saiz teks)    KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mempertahankan tindakan rakyat yang mahu menyumbang dana kepada Tabung Harapan Malaysia (THM). Menurutnya, ini kerana kutipan dana itu tidak berbentuk paksaan, dan memberi ruang secara sukarela kepada rakyat untuk berbakti kepada negara dalam membantu meningkatkan ekonomi. “Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan bayar hutang. “Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan,” katanya menerusi catatan terbaharu di Facebooknya. [ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Harapan Malaysia dari rakyat untuk negara ] Katanya, namun yang pelik lagi melampau pihak yang membuat hutang yang ditanggung sekalian rakyat secara paksa tanpa rela. “Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementar

Penuhi janji 20 peratus

Imej
Muhammad Khalil sempat menyantuni jemaah dan penduduk di sekitar Jalan Kenanga bagi Program Derma Darah bertempat di Masjid Tengku Nik Haji, Batu Burok. (Ubah saiz teks) KUALA TERENGGANU – Pemuda Pas Pusat meminta kerajaan persekutuan memenuhi janji manifesto mereka untuk memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan dan Terengganu. Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, antara perkara asas dalam sistem politik di negara ini adalah sistem kapitalisme,  di mana kerajaan pusat bertanggungjawab ke atas kerajaan-kerajaan negeri termasuklah dari sudut perjanjian-perjanjian. “Dan Royalti ini

Jamal masih ada 6 kes, polis akan mohon waran tangkap

Imej
Datuk Seri Jamal Yunos. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Polis akan memohon waran tangkap dan mengesan Datuk Seri Jamal Yunos, selepas ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu gagal menampilkan diri di balai polis hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat. Fadzil berkata, Jamal masih mempunyai baki 6 kes yang disiasat selain 3 kes yang sudah dituduh terhadapnya di Hospital Pakar Ampang Puteri 25 Mei lalu. “Pihak polis sudah memberikan masa yang cukup untuk Jamal memberikan kerjasama dalam semua siasatan dan prosedur yang sedang dijalankan. “Namun beliau masih gagal untuk memberikan respon sepatutnya. Malah, sentiasa cuba berdolak dalik dalam kenyataan kenyataan viral yang dilakukan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jamal dalam rakaman video berdurasi selama lebih 7 minit memohon perlindungan dari Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bimbangkan keselamatan dirinya. Beliau merayu

"Zahid Hamidi Mungkin Jumpa HANTU, Bukan PENDERMA ARAB" Rafidah Aziz

Imej

Polis perhebat gerakan kesan Jamal

SHAH ALAM, 30 MEI: Polis Selangor sedang memperhebatkan tindakan mengesan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya juga sedang memohon waran tangkap ke atas Jamal melibatkan beberapa kes yang disabitkan ke atasnya. “Pihak polis telah menjalankan tindakan mengikut peruntukan undang-undang, dan setakat ini terdapat sembilan kes sedang disiasat yang melibatkan Jamal, tiga daripadanya telah dituduh di Hospital Ampang Putri pada 25 Mei lalu. “Polis juga telah memberikan masa yang cukup kepada beliau supaya memberikan kerjasama dalam semua siasatan dan prosedur yang sedang dijalankan, namun beliau masih gagal memberikan respon. “Sebaliknya beliau sentiasa cuba berdolak dalik dalam kenyataan viral yang dilakukan oleh beliau,” katanya. Sebelum itu Jamal melalui video rakaman berdurasi 7 minit menjadi viral di laman facebook hari ini, dia dili

Gagal hapuskan tol, UMNO dakwa kerajaan tak mampu tunaikan manifesto!!

Imej
Unit Komunikasi Strategik UMNO hari ini mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menghapuskan tol seperti yang dicanang dalam manifesto PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan sekali gus membuktikan bahawa langkah populis itu tidak realistik dan sukar dilaksanakan. Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk tempoh dua hari sebelum Aidilfitri. “Pastinya harapan berjuta-juta pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran hampa kerana tidak dapat tol percuma. “Kenyataan bercanggah dengan manifesto PH untuk menghapuskan tol di seluruh negara pasti membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jauh,” katanya. Memetik agensi penarafan RAM Ratings, kenyataan itu menjelaskan, penghapusan semua tol lebuh raya akan membabitkan bon dan sukuk berjumlah RM53 bilion dan langkah itu bakal mengu

Pas sedia berdamai dengan DAP demi kebaikan

Imej
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini. Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya. “Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak ganggu hak mereka,” kata beliau semasa wawancara dalam Astro Awani hari ini. Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya. “Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasam

TERKINI : SIDANG MEDIA PERDANA MENTERI [30 MEI 2018]

Imej

PM umum tabung derma rakyat bayar hutang negara

Imej
    Perdana menteri mengumumkan pembentukan tabung khas bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara. “Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Anggota parlimen Langkawi berkata, ramai rakyat tahu berkaitan kedudukan kewangan negara yang “begitu buruk” dan sanggup menderma kepada kerajaan. “Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan. “Maka kerajaan tentukan semua derma ini diberi kepada kementerian berkenaan,” katanya. Mahathir sebelum ini mengumumkan hutang negara telah mencecah RM1 trilion. Pemimpin kerajaan turut menyalahkan pentadbiran lama yang didakwa terlalu bergantung kepada China dan terpalit dalam skandal 1MDB.

Ada tangan ghaib cuba aniaya saya - Jamal Yunos

Imej
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa pihak yang berkuasa ketika ini membuat rancangan dengan menekan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menganiaya dirinya. Jamal berkata, selepas beberapa peserta Baju Merah didakwa semula di mahkamah dan dikenakan jaminan, dia mula berasa serta berkeyakinan bahawa ada usaha terancang pihak tertentu yang berkuasa mengarahkan PDRM untuk mengenakannya dalam apa juga keadaan walaupun pihak PDRM memberi jaminan bahawa dia cuma diperlukan untuk melengkapkan dokumentasi jaminan polis. "Saya bukan menolak pelaksanaan undang-undang terhadap saya tetapi, apabila nama saya disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan diletakkan dalam pemerhatian polis sebagai orang yang berbahaya sehingga mengikut maklumat saya akan ditahan di bawah akta yang tidak memungkinkan saya akan dilepas dengan jaminan. "Cara undang-undang melayan saya seolah-olah saya bukan seorang warga negara yang

7 Skandal Isa Samad yang harus di buka semula siasatan

Imej
(29-5-2018) MAC 2012: Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta. JUN 2013: Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net) JULAI 2013: Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my) OKTOBER 2013: Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu. Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab at

Masa semakin suntuk untuk Jho Low

Imej
Kerajaan mengarahkan LHDN menyiasat Jho Low dan keluarga. (Gambar Bloomberg) KUALA LUMPUR: Jho Low, ahli perniagaan di tengah-tengah skandal mega 1MDB, mungkin mendapati hari-harinya berpesta dengan selebriti dan membeli hartanah dan karya seni bakal berakhir apabila kerajaan baru berjanji menyeret beliau ke muka pengadilan. Low, yang disyaki menjadi watak utama dalam kes penipuan terbesar di dunia, bersama dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan kroni, peniaga berbadan gempal dan berkaca mata itu menjadi tumpuan kemarahan orang ramai dalam kontroversi tersebut. Beliau mempamerkan gaya hidup mewah selepas didakwa mencuri wang daripada 1MDB. Beliau bersantai dengan selebriti seperti Leonardo DiCaprio, berparti dengan Paris Hilton dan dilaporkan membelanjakan wang yang banyak di kelab malam terkenal di New York. Sewaktu penyiasatan mengenai kontroversi itu bertambah rancak, perhatian rakyat tertumpu kepada sebuah kapal layar mewah yang dikatakan dibe

Najib: Tahniah, umum hutang RM 1 trilion takutkan pelabur

Imej
    Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir dengan mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru HARAPAN kerana menakutkan pasaran saham dan pelabur secara tidak perlu ekoran pengumuman hutang negara RM1 trilion. Najib mendakwa ini membawa kepada kejatuhan bursa saham minggu ini, selama 14 hari berturut-turut aliran keluar modal asing. "Kenyataan (hutan RM trilion) itu menyebabkan kerugian sebenar kepada pelabur pasaran saham dan GLIC seperti KWSP, KWAP, Khazanah dan Tabung Haji. "Saya harap dan berdoa agar menteri-menteri kerajaan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan pada masa akan datang," tambahnya pada hantaran terbaru Facebook bertajuk " The 'spade' had always been called a spade. " Najib, yang juga bekas menteri kewangan, berkata beliau gembira kerana Menteri Kewangan yang baru Lim Guan Eng memilih untuk mendedahkan hutang kerajaan persekutuan rasmi. Najib menjawab kenyataan menteri kewangan semalam berk