Umno akan perhatikan langkah kerajaan


Zahid
Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Umno mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pembentukan Kabinet baharu yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden Umno memberi amaran bahawa Umno akan memerhatikan setiap langkah dan tindakan kerajaan baharu ini.
“Kami sebagai pembangkang akan membangkang secara konstruktif dan melihat pelaksanaan semua janji yang termaktub dalam manifesto pilihan raya dikemukakan mereka.
“Umno dan BN secara keseluruhannya merasakan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, tentulah rakyat harap semua janji mereka terutama 100 hari pertama dilaksanakan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.
Katanya, Umno juga telah berbincang mengenai peranan yamg akan dimainkan oleh 54 ahli parlimennya.
“Kami bincang bagaimana untuk kami bergerak ke hadapan dan pastikan rancangan yang disusun dapat dilaksanakan,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tabung Harapan cecah RM7 juta

Kerajaan akan utamakan pekerja tempatan - Muhyiddin

Tajuddin: Masa tepat Umno-PAS bergabung