Polis Selangor perhebatkan pemburuan Datuk Jamal
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, siasatan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan dan pihaknya menjalankan tugas berlandaskan undang-undang sedia ada.
"Kami akan terus memperhebatkan lagi pemburuan Datuk Seri Jamail ini kerana semua orang tahu bahawa dia telah melarikan diri.
"Segala siasatan dan tindakan kami mengikut undang-undang, mengikut prosedur dalam semua kes yang melibatkan dia. Tiada sebarang tekanan yang dikenakan kepada pihak PDRM dan apa yang kami lakukan mengikut lunas undang-undang yang ada," katanya di Balai Polis Bandar Baru Bangi hari ini.
Semalam Fadzil berkata polis akan memohon waran tangkap ke atas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu.
BACA: Polis akan mohon waran tangkap ke atas Jamal
Ini selepas Jamal masih gagal memberikan respon sepatutnya walaupun telah memberikannya masa yang cukup untuk beri kerjasama dalam semua siasatan dan prosedut yang sedang dijalankan.
Selepas gagal menghadirkan diri ke IPD Ampang Jaya, Jamal juga dilihat ‘sembunyi’ di ladang kelapa sawit menerusi rakaman video kenyataan media yang diberikan melalui aplikasi pesanan ringkas, WhatsApp petang semalam.
BACA: Jamal Yunos sembunyi di ladang kelapa sawit?
Dalam kenyataannya, Jamal menjelaskan beliau tidak hadir ke IPD Ampang Jaya kerana bimbang dengan tekanan dan serbuan dilakukan pihak berkuasa.
Ulasan
Catat Ulasan