Tabung Harapan cecah RM7 juta


  • Kurang 24 jam selepas pelancarannya, semalam, Tabung Harapan Malaysia berjaya mencecah lebih RM7 juta.
Sambil melabel perkembangan itu sebagai "prestasi luar biasa" Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan komited untuk telus dengan setiap sen yang diterima daripada rakyat.
"Oleh itu, jumlah yang dikutip akan dikemaskini setiap hari di laman web menteri kewangan dan di platform media sosialnya.
"Bagi tujuan pemotongan cukai, rakyat Malaysia yang mendermakan kepada tabung ini dinasihatkan supaya menyimpan resit transaksi, seperti yang dinyatakan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerajaan akan utamakan pekerja tempatan - Muhyiddin

Tajuddin: Masa tepat Umno-PAS bergabung