Pas sedia berdamai dengan DAP demi kebaikan
KUALA
LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji tindakan parti DAP yang
matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko
menjejaskan keharmonian umat Islam selepas Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) baru-baru ini.
Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.
“Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang
bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak
ganggu hak mereka,” kata beliau semasa wawancara dalam Astro Awani hari
ini.
Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.
“Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik,” katanya.
Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.
Pas juga tidak menyertai Pakatan Harapan semasa PRU14 lalu sebaliknya menubuhkan gabungan pembangkang lain dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette
Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.
Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.
“Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik,” katanya.
Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.
Pas juga tidak menyertai Pakatan Harapan semasa PRU14 lalu sebaliknya menubuhkan gabungan pembangkang lain dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette
Ulasan
Catat Ulasan